Sunday 18 September 2011

Tips untuk memudahkan bersalin


 
1.  Tanya emak kita atau saudara mara dan kawan yang pernah bersalin .Tanya pengalaman mereka.

2.  Ketenangan fikiran dan kemantapan mental dan emosi sangat penting. Kuatkan iman dan sentiasa bertawakkal kepada Allah SWT setelah kita berusaha.

3.  Sokongan moral dan emosi dari suami dan ibu sangat penting. Banyakkan membaca Al-quran dan sentiasar sentiasa berzikir menyebut dan memuji Allah.

4.  Bualan terakhir kandungan - buat exercise,dengan berjalan selama 30 minit lepas makan malam, sambil buat breathing exercise. Pelajari teknik breathing exercise.kerana ia amat penting untuk tahan sakit dan meneran bila kepala bayi keluar.

5.  Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, buah betik, jambu, timbikai , apel, dan oren.

6.  Hubungan kelamin juga penting kerana ia membantu membuka pintu rahim.

7.  Air selusuh - dari bacaan quran, surah yaasin, ayat kursi dll. Air suam yang direndam 'akar fatimah' ini biasa dibeli diMekah atau Medinah, juga mula diminum dibulan terakhir.

8.  Waspada produk-produk yang dikatakan mudahkan bersalin, kerana mereka yang makan sering dilanda tumpah darah yang banyak ketika bersalin.

Friday 9 September 2011

Tanda-tanda hampir kelahiran

1. Bayi turun ke bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun
'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  
    -   sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.   
    -   kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing  
    -   sakit perut, memulas  
    -   kerap buang air besar  
    -   kerap terkentut   


2. Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
    -   Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
    -   Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku
beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.   
  


3. Sakit belakang
    -   Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.   
    -   Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi
jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5
dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.  
    -   Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan
mempercepatkan kelahiran anda.   
    -   Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat
semasa anda berbaring mengiring.  
  


4. Pecah air ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke
hospital.
Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau
servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
Kontraksi yang tetap dan berterusan
Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel  "Kontr
aksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu"
Bila Perlu ke Hospital
Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:
  
    -   kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda
pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )   
    -   keluar air ketuban.  
    -   pergerakan bayi menjadi kurang kerap.  
    -   keluar darah dari vagina.  
    -   apa saja masalah yang dialami.  

 

Source:  
    -   When Labor Begins, babies.sutterhealth.org  
    -   Labor Signs, webmd.com  
    -   Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my

Wednesday 7 September 2011

Teknik-teknik semasa melahirkan bayi


1. Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, anda dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).



2. Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya anda berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.



3. Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.



4. Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yangs esuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Ikuti beberapa tekbik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalin.



5. "Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.



6. “so-so urge“

Si ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).



7. “No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.



8.Teknik spontan 

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.



9. Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjarit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.


10. Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.


Source : majalah PA&MA keluaran November 2006