Thursday 28 July 2011

Perancang Kehamilan


ADAKAH ANDA BERSEDIA UNTUK HAMIL?
Kehamilan merupakan cabaran yang paling mencabar bagi kaum hawa apabila berumah tangga. Pelbagai cabaran yang harus ditempuhi sebelum kelahiran, semasa kehamilan mahupun selepas melahirkan bayi. Maka seharusnya suami dan isteri perlu mempersiapkan diri bagi menghadapi perubahan yang akan dihadapi sebagai ibu dan bapa. Perancang kehamilan yang berkesan adalah penting bagi menghadapi situasi mendatang.


Bertuah badan kepada mereka yang cepat mengandung dan tiada masalah sepangjang kehamilan.Bukan senang bagi sesetengah individu mendapatkan zuriat sendiri. Pelbagai ikhtiar dilakukan bagi mendapatkan anak dan berhabis ribuan ringgit.


Bagi yang tidak bernasib baik, mungkin boleh ikhtiar mendapatkan zuriat disini..


PERSEDIAAN FIZIKAL


Kesihatan dan berat badan ibu
Dalam masa 3-6 bulan sebelum hamil, pastikan membuat pemeriksaan doktor bagi mamastikan kesihatan terjamin dan bebas dari penyakit darah tinggi, kencing manis, lemah jantung dan penyakit berbahaya lain. Ujian darah juga perlu jika anda berisiko menjadi pembawa penyakit berbahaya seperti HIV atau talessimia.


Umur
Umur yang sesuai adalah antara 20 hingga 35 tahun. Ibu yang terlalu muda dianggap belum sempurna dari segi jasmani dan rohani. Besar kemungkinan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan atau menghidapi komplikasi lain seperti kuning mahupun tak sempurna. Ibu yang berumur 35 tahun ke atas pula, organ-organ peranakannya sudah tidak begitu aktif menerima kehamilan. Selain daripda risiko anak cacat, ibu juga mungkin mengalami penyakit seperti kencing manis, darah tinggi atau kesukaran melahirkan anak. Sentiasa mendapat nasihat pakar dalam perancang kehamilan bagi menjamin keselamatan anak serta ibu.


Mendapatkan Pelalian
Pelalian seperti Rubella dan Hepatitis B sepatutnya telah diambil bagi mencegah penyakit berbahaya seperti jantung berlubang, penyakit hati, cacat anggota ataupun terencat akal bagi bayi yang akan lahir.


Makanan dan Minuman
Asid Folik
Asid folik merupakan satu unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. Kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Oleh itu, setiap pasangan hendaklah prihatin tentang keperluan asid folik ini. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan ketika minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil pil asid folik di farmasi, klinik atau melalui makanan supplemen yang terdapat di pasaran.

Sayuran Dan Buahan
Buahan dan sayuran kaya dengan vitamin C. Jika ingin hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa yang sama, buahan dan sayuran turut berperanan untuk menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayuran dan buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembelit yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buahan dan sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

Makan Banyak Ikan
Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan murah. Selain itu, protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh. Kebanyakkan kita tidak menyedari bahawa ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.

Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara seperti direbus, dipanggang ataupun digoreng. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tidak menjejaskan kesihatan.

Karbohidrat Lawan Lemak
Sewaktu hamil, tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekurangan kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. Jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banyak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil kelak.

Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwich.

Zat Besi Elak Anemia
Melahirkan bayi adalah satu proses yang rumit. Untuk memastikan perancang kehamilan berjalan lancar, persediaan awal mestilah dibuat. Dan antara yang perlu diberikan perhatian ialah kandungan darah semasa hamil. Ketahuilah bahawa ibu hamil memerlukan peningkatan darah sebanyak 40 hingga 60 peratus. Jadi untuk mengelakkan berlakunya masalah anemia, anda disarankan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi. Antara makanan tersebut ialah daging merah (akan tetapi elakkan daripada makan hati), sayuran hijau, kekacang dan buahan yang sudah dikeringkan.

Pun begitu, harus diingat bahawa penyerapan zat besi tidak akan berlaku dengan baik jika ibu hamil banyak minum minuman yang tinggi kandungan kafeinnya. Ibu hami yang mengalami anemia akan kelihatan pucat dan tidak bermaya. Pendarahan yang banyak sewaktu proses kelahiran bayi akan memburukkan keadaan.

8 Gelas Air
Tubuh sangat memerlukan air sama ada sebelum hamil atau sewaktu hamil. Malah, sepanjang tempoh kehamilan kelak terutamanya pada peringkat permulaan, gejala-gejala seperti loya dan muntah sering berlaku. Akibatnya air banyak keluar. Jadi, anda digalakkan minum air yang banyak bagi mengantikan air yang hilang itu.

Untuk pengetahuan, hormon progestron dalam tubuh seseorang wanita itu akan meningkat semasa hamil. Keadaan ini akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lambat. Akibatnya ibu hamil akan berhadapan dengan masalah sembelit dan buasir.

Keadaan akan bertambah teruk apabila kehamilan masuk trimester ketiga. Ketika trimester ketiga, uterus yang semakin membesar dan penuh dengan bayi serta cecair amniotik akan menekan bahagaian bawah uterus bersama-sama pundi kencing. Akibatnya najis menjadi keras dan proses membuang air besar menjadi sukar. Jadi, untuk mengeluarkan najis tersebut, ibu hamil ini terpaksa meneran. Meneran terlalu kerap dan dengan tekanan yang tinggi boleh menyebabkan buasir.

Untuk mengelakkan terjadinya masalah seperti yang telah disebutkan itu, minumlah banyak air. Umumnya anda digalakkan minum sebanyak 8 gelas air masak setiap hari. Akan tetapi, adalah lebih baik jika anda mampu minum lebih daripada itu.

Sarapan Pagi
Sarapan pagi adalah waktu makan yang paling penting dalam kitaran hidup manusia, apatah lagi bagi ibu hamil. Ketika trimester pertama, ibu hamil sering rasa lesu terutamanya pada waktu pagi. Jadi, ambillah sedikit sarapan agar rasa lesu dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, bersarapan akan menghilangkan rasa pedih perut setelah semalaman tanpa makanan. Rasa pedih yang dialami oleh ibu hamil biasanya akan membuatkan mereka mual. Dan ketika inilah, morning sickness menyerang. Oleh itu, bersarapanlah. Akan tetapi, jangan makan terlalu banyak. Contoh sarapan terbaik untuk ibu-ibu hamil ialah segelas susu, semangkuk bijirin dan sekeping roti.



Jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap jenis makanan tertentu seperti susu, kacang  dan telur, elakkan mengambil makanan tersebut. Cari alternatif kepada makanan tersebut supaya anda tetap tidak kekurangan khasiat.




Kesihatan
Berhenti merokok dan jauhi perokok, dadah dan juga alkohol. Jika terlibat dengan bahan-bahan kimia arau radioaktif sila minta nasihat dari doktor atau pakar.




Perancang Kehamilan yang betul memberi kessan yang baik terhadap perkembangan bayi.




Senaman
Melakukan senaman dan kerja-kerja ringan semasa hamil adalah baik untuk meregangkan otot-otot. Senaman yang paling sesuai untuk wanita yang sedang hamil ialah senaman yoga, senaman yoga merupakan cara yang paling bagus untuk meregangkan otot-otot. Tujuan lain senaman yang dilakukan ialah untuk meningkatkan kelenturan dan memperkuatkan sendi-sendi.


Berikut ialah beberapa senaman yang disarankan bagi wanita yang sedang hamil
Perhatian:Elakkan dari melakukan gerakan melompat-Iompat dan gerakan yang tersentak. Lakukan senaman dengan lemah-Iembut dan perlahan-Iahan.




A.           
MEREGANG LENGAN BERGANTIAN Anda boleh duduk atau berdiri untuk senaman ini. Dengan kedua belah lengan dijulurkan ke atas kepala, jangkaulah langit, mula-mula dengan lengan yang satu, kemudian dengan lengan yang satu lagi







B.           MEREGANG MATA KAKI
               Dengan satu kaki di muka kaki lainnya, telapak tangan menempel pada dinding,   
               tekuklah lutut depan dan perlahan-Iahan condongkan badan ke arah dinding. Ulangi  
               dengan kaki yang lain. Jangan melakukan peregangan sampai melampaui batas 
               keselesaan anda.





C.
JONGKOK
Lakukan ini sekerap yang anda inginkan. Jongkok baik untuk meredakan ketegangan punggung dan untuk meregangkan mata kaki.




D.
MEREGANG
Duduklah di atas lantai dengan tumit dipertemukan dan tarik ke arah tubuh anda sejauh keselesaan anda. Perlahan-Iahan tekankan lutut ke arah lantai; tambahkan sedikit tekanan dengan tangan pada lutut kalau anda mahu.




E.
MEREGANG TUBUH
Duduklah di atas lantai dengan kedua kaki direntangkan. Hulurkan lengan kanan sepanjang kaki kanan ke arah pergelangan kaki. Angkatlah lengan kiri ke atas kepala dan perlahan-Iahan julurkan ke arah kanan. Ulangi pada sisi lainnya. 

Senaman yang konsisten amat penting dalam  Perancang Kehamilan yang berkesan.





F.
PEREGANGAN BERBARING
Berbaring rata melentang dengan kedua lengan di sisi tubuh. Tekuklah kaki kanan dengan telapak kaki merata pada lantai. Tekuklah telapak kaki kiri ke atas sehingga jari kaki menunjukkan ke arah wajah anda. Tahan beberapa saat. Ulangi dengan kaki kiri di tekuk.




Lagi berkenaan perancang kehamilan di sini..