Wednesday 11 May 2016

15 AMALAN IBU MENGANDUNG MENGIKUT ISLAM


  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
  10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
  13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  14. Rajin mengukirkan senyuman
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.
kredit to: siraplimau.com

Monday 9 May 2016

PENJAGAAN PANGKAL TALI PUSAT


Pangkal tali pusat akan kering dan tertanggal 1-3 minggu selepas bayi lahir. 

Anda harus memastikan bahagian tersebut sentiasa bersih dan kering. 

Anda mungkin dinasihatkan untuk hanya mengelap pangkal tali pusat tersebut dengan lembut iaitu dengan menggunakan ubat antiseptic dan kapas yang bersih. 

Anda tidak perlu menunggu hingga pangkal tali pusat itu tertanggal untuk memandikannya, asalkan anda sentiasa memastikan kawasan tersebut benar-benar telah dikeringkan sebaik sahaja anda selesai memandikannya.

Jika pangkal tali pusat itu merah dan membengkak, mintalah nasihat daripada doctor. 

Adalah perkara biasa jika terdapat sedikit pendarahan atau cecair keluar, tetapi ia sepatutnya hanya untuk beberapa hari sahaja.

PANDUAN MEMANDIKAN BAYI


1. Seelok-eloknya gunakan sebuah besen kecil. Sebelum meletakkan bayi di dalam air, periksa suhu air dengan siku anda. Ia tidak seharusnya terlalu panas atau terlalu sejuk.

2. Kesemua kelengkapan untuk mandi hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai seperti:
� Sabun dan syampu bayi
� Sehelai kain untuk mengelap bayi
� Gumpalan kapas yang bersih untuk membersihkan mata bayi
� Sehelai tuala
� Pakaian dan lampin yang bersih

3.Pastikan bilik mandi atau bilik anda sentiasa hangat. Tutup semua tingkap untuk mengelakkan tiupan angina yang kuat. Tanggalkan semua pakaiannya dan balutkannya dengan tuala.

4. Cuci mata dan basuh mukanya terlebih dahulu.
Celupkan gumpalan kapas di dalam air suam yang telah dimasak dan bersihkan kedua-dua belah matanya. Dengan lembut, usaplah mata bayi anda bermula dari bahagian sebelah hidung kearah bahagian pinggir luar mata. Kemudian, gunakan gumpalan kapas bersih yang lain untuk mencuci mukanya.

5.Seterusnya basuh rambut bayi. Gunakan tapak tangan anda untuk menyokong kepala dan bahagian bahu bayi. Rapatkan kepalanya dengan air mandi. Dengan lembut, cedokkan air mandi ke atas kulit kepala bayi dengan tangan anda.Tuangkan sedikit syampu tanpa pewangi atau sabun bayi dan bilas dengan bersih. Pastikan rambutnya dikeringkan dengan baik.

6. Seterusnya tanggalkan tuala. Pangku bayi anda dengan menggunakan lengan. Pegang bahagian atas lengannya dengan ibu jari dan jari telunjuk anda. Sebenarnya, cara pegangan ini adalah untuk memastikan anda masih dapat memegang lengan bayi sekiranya bayi terlepas dari lengan anda.

7. Letakkan bayi dalam posisi separuh tegak agar bahagian bawah tubuhnya terendam di dalam air dan pastikan kepala serta bahuya tidak berada di dalam air. Gunakan tangan anda untuk membersihkan bayi. Mulakan dengan bahagian tubuh yang paling bersih kepada yang paling kotor. Berbual-bual dan senyum dengannya ketika memandikannya.

8. Setelah bayi anda benar-benar bersih, pastikan anda sentiasa menyokong bahagian lehernya dan letakkan tangan anda di bawah punggungnya dan dengan perlahan-lahan angkat bayi anda dan balutkannya dengan tuala . Keringkannya dengan lembut.

9. Anda harus mengeringkan kawasan sekitar pangkal tali pusatnya dengan baik. Kemudian cuci pangkal tali pusat dengan ubat antiseptic atau alcohol /spirit. Biarkan kawasan sekitar pangkal tali pusat terdedah dan elakkannya dari tergesel dengan kain lampin dengan memakaikan lampin di bawah pangkal tali pusat tersebut.

kredit : nurse-reference.blogspot.my

Sunday 8 May 2016

PENYUSUAN SUSU IBU


Penyusuan susu ibu adalah suatu anugerah alam semulajadi dan memang tidak dapat dinafikan bahawa susu ibu adalah sumber makanan yang terbaik bagi bayi. 

Malah, ia bukan sahaja mengandungi khasiat pemakanan yang sempurna untuk bayi, bahkan ia juga dapat melindungi bayi daripada jangkitan penyakit dan mengukuhkan jalinan kasih sayang antra ibu dan anak.

Ini semua adalah amat penting untuk perkembangan psikologi bayi yang sihat. Kandungan susu ibu pula berubah setiap hari mengikut keperluan bayi, sejajar dengan perkembangan dan tumbesarannya.

Susu Ibu
Apabila anda memangku bayi anda dan sebaik sahaja mulutnya melekap di sekeliling kawasan puting payudara (areola), bayi pun akan mula menyusu. Merujuk kepada gambarajah disebelah, anda dapat melihat yang mulut bayi anda seakan-akan memicit di kawasan pengumpulan susu tersebut ketika menghisap susu badan anda. Ini akan membolehkan putting payudara anda menjadi panjang sedikit dan susu akan mengalir keluar


KREDIT TO nurse-reference.blogspot.my

BAGAIMANA MENYUSUKAN BAYI?


Bayi yang menyusu badan harus disusukan apabila sahaja dia menginginkannya.

Bayi menyusu lebih kurang 8-10 kali sehari. Lambat laun, bayi dapat menetapkan jadual penyusuannya sendiri di mana bilangan penyusuan setiap hari akan semakin berkurangan kepada 6-8 kali sehari. 

Walaubagaimanapun, setiap bayi mempunyai keperluan dan selera masing-masing. Maka, anda haruslah memerhatikan sebarang tanda yang menunjukkan bayi anda telah pun kenyang atau masih lapar. 

Misalnya, bayi yang telah kenyang akan kelihatan selesa, ceria dan tidak meragam selepas setiap penyusuan pada kedua-dua belah payudara selama 5-20 minit, membasahkan lampinnya sebanyak 6-8 kali sehari dan mempunyai pertambahan berat badan yang baik.

Jika bayi anda tidak mahu menghisap susu sebagaimana biasanya pada waktu pagi, maka anda haruslah memerah susu tersebut. Ini akan memastikan susu badan anda terus dapat dihasilkan dengan sempurna sepanjang hari itu. 

Jika anda tidak sihat atau tidak berada dirumah untuk menyusukan bayi, anda juga harus memerah susu agar susu dapat terus dihasilkan dengan sempurna.

Saturday 7 May 2016

APAKAH POSISI TIDUR SEMASA HAMIL UNTUK IBU MENGANDUNG?


Trimester pertama (1-3 bulan)
Pada awal trimester kehamilan, perkembangan janin masih di dalam rongga pelvis. Oleh itu, Ibu hamil boleh tidur dalam posisi yang bebas yang boleh memberikan rasa selesa untuk dirinya. Walaubagaimanapun, tabiat tidur posisi buruk seperti tidur telungkup ke bawah ataupun lengan di sekitar perlulah ditukar.
Trimester kedua (4-7 bulan)
Ibu hamil biasanya mulai cemas ketika memasuki trimester kedua. Sebenarnya ibu tidak perlu berasa risau. Ini disebabkan bayi bergerak bebas dalam air ketuban di dalam rahim anda. Posisi tidur anda tidak akan menjejaskan bayi anda.
Trimester ketiga (8-10 bulan)
Ibu hamil yang mempunyai perut yang semakin membesar akan menjejaskan keselesaan anda semasa tidur. Posisi tidur semasa hamil untuk ibu mengandung yang berbaring dan keselamatan janin mempunyai hubungan yang penting.
Apakah tips posisi tidur semasa hamil untuk ibu mengandung yang selesa?
(1) Tidur dengan posisi Mengiring
Kebanyakan wanita mendapati bahawa berbaring di sebelah mereka adalah posisi tidur semasa hamil terbaik terutamanya kepada ibu hamil yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil kembar. Ibu hamil digalakkan mengiring ke sebelah kiri mereka kerana vena besar (vena cava inferior) membolehkan aliran darah yang optimum dari tubuh bahagian bawah tubuh anda kembali ke jantung anda. Oleh itu, aliran darah dan nutrisi boleh disalurkan maksima kepada bayi anda melalui plasenta. Ini juga membantu buah pinggang anda membuang sisa produk dan cecair dari tubuh badan ibu dan mengurangkan pembengkakan pada pergelang kaki dan tangan. Posisi mengiring kanan juga baik. Anda mendapati berubah posisi dari kiri ke kanan dan sebaliknya membolehkan anda tidur dengan lebih selesa.
(2) Elakkan tidur dengan posisi terlentang
Anda tidak digalakkan berbaring di belakang anda kerana anda akan menekan usus dan vena besar (vena cava inferior) yang boleh menggangu aliran darah kembali kepada jantung anda. Ini boleh mempengaruhi tekanan darah untuk sesetengah ibu hamil dimana penurunan tekanan darah  boleh membuat anda pening, sakit kepala dan sesak nafas malah peningkatan tekanan darah. Ini juga boleh meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, gangguan pencernaan dan pembengkakan pada pergelang kaki dan tangan. Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda tidur dengan posisi terlentang. Anda jangan risau kerana anda tidak melakukan sesuatu yang bahaya untuk bayi anda. Anda hanya harus beralih kembali kepada posisi mengiring.
  (3) Tambahkan sokongan semasa tidur
Kebanyakan ibu hamil juga akan mendapati bahawa mereka memerlukan sokongan tambahan semasa tidur. Anda boleh meletakkan bantal di bawah perut dan kaki anda, dan menggunakan bantal yang lebih kecil untuk menyokong belakang anda supaya anda tidak bergolek ke belakang anda semasa tidur. Anda juga boleh meletakkan bantal di antara lutut anda kerana ini membantu melegakan tekanan belakang anda. Jika anda mempunyai rasa asam lambung ataupun heartburn, anda boleh menggunakkan dua atau lebih bantal di kepala anda.
  (4) Separuh kedudukan
Sesetengah wanita mendapati bahawa separuh kedudukan adalah posisi tidur semasa hamil terbaik untuk dirinya. Anda juga boleh meletakkan beberapa bantal untuk menyokong belakang anda, tetapi elakkan berbaring di belakang anda. Walaubagaimanapun, jika anda mendapati anda bergoleh ke belakang, anda hanya boleh menggulung kembali kepada salah satu sisi anda dan tidur semula.
(5) Bantal kehamilan
Anda juga boleh mendapat “bantal istimewa” yang khas dibuat untuk ibu hamil yang dapat membantu anda tidur dengan dengan selesa. Jika anda boleh membeli bantal kehamilan, ia akan membantu anda mengamalkan postur tidur yang lebih selesa.
 
Walaubagaimanapun, anda jangan takut untuk mencuba. Terdapat banyak posisi tidursemasa hamil untuk ibu mengandung yang anda boleh cuba di rumah, tetapi perkara yang paling penting adalah anda harus berasa selesa.

kredit to bayi-ibu.com

6 TIPS MENJAGA BAYI BARU LAHIR

Cara Menjaga Bayi Baru Lahir

Cara menjaga bayi baru lahir adalah berbeza dengan cara menjaga anak kecil yang makin membesar. Mereka memerlukan penjagaan yang lebih rapi kerana ini pertama kali mereka berada di dunia, setelah sekian lama berada di dalam rahim ibu mereka.
Proses penjagaan ini memerlukan si ibu untuk punyai kesabaran, ketekunan, kegigihan serta kekuatan untuk melakukan tugas-tugas yang agak rumit dan memenatkan, tetapi berbaloi dek kerana dapat melihat proses pembesaran si manja berlaku di depan mata.
Bagi ibu yang yang kali pertama melahirkan anak, proses ini bukan mudah dan merupakan satu cabaran baru bagi dirinya. Di saat kesihatan masih belum pulih, dia perlu memberi perhatian pada bayi yang baru dilahirkan itu. Dengan sokongan keluarga dan teman-teman di sekeliling, si ibu diharapkan dapat menjaga kesihatan dengan baik agar dapat menjalankan tanggungjawab pada bayinya.

Cara Menjaga Bayi Baru Lahir, Beberapa Tips dan Panduan Mudah
#1 Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.
#2 Mandikan bayi dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu lagi nak kelam kabut.
#3 Lapkan bayi supaya kering 
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan tuala tebal. Gunakan ‘alcohol swab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
#4 Gunakan minyak bayicara menjaga bayi baru lahirSapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul.
#5 Pakaiancara menjaga bayi baru lahirPakaikan barut dengan kemas, usah terlalu ketat dikhuatiri menyukarkan bayi bergerak. Pakaikan bayi anda pakaian yang lembut, tidak panas, sesuai dan selesa.
Bagi anda yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, sentiasa peka dengan kesihatan kulit mereka. Usah biarkan mereka memakai lampin basah terlalu lama. Ini untuk mengelakkan bayi dari mengalami ruam di bahagian punggung.
#6 Susu ibu
Sendawakan bayi tiap kali selepas mereka menyusu. Ini untuk mengelakkannya dari mengalami kembung perut. Pakar menasihatkan ibu-ibu supaya menyusukan bayi secara penuh selama 6 bulan. Bermaksud anda perlu elakkan sebarang minuman lain untuk bayi anda. Biarkan mereka mendapat khasiat penting dengan sempurna untuk 6 bulan pertama.
Cara menjaga bayi baru lahir tidak terhad pada tips-tips di atas sahaja, bahkan ia juga termasuklah menjaga kulit bayi, menyediakan makanan pada bayi, peka dengan isyarat-isyarat tangisan bayi dan proses mendidik bayi itu sendiri.
Dan suka untuk kami ingatkan di sini bahawa tips-tips yang dikongsikan ini walaupun nampak seakan ‘mom-related job’, tidak semestinya si ibu sahaja yang kena buat bersendirian. Jadi si ayah, be gentleman. Kindly assist your wife, please ðŸ™‚
Kredit to anakkupermataku.com