Thursday 25 August 2011

Pemakanan Semasa Kehamilan


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  2. Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  3. Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  4. Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  5. Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Tuesday 23 August 2011

Kaitan Kehamilan : Mengapa Yahudi Bijak?


Ramai tertanya-tanya adakah benarkah mereka
sahaja yang bijak didunia ini?
Adakah secara semula jadi atau ada RAHSIA disebaliknya.
Mengapa Yahudi Bijak?

Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:

- makan buah sebelum makan nasi
- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa
- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan
- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung
- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)

Baca artikel di bawah Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannya. Sedangkan umat Islam sendiri mengabaikannya.

Wassalam...

Baca, Renung, Fikir, Bertindak!

Based on true story...

Mengapa Yahudi Bijak?

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelakâ€
. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau
melahirkan anak
.

Seperkara lagi yang saya perha
tikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato.
Selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini, tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (nisbah 1:100). Namun, jika dicampur semua sekali,Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini boleh berlaku ?

Siapa mereka ini (Yahudi) ?
1. Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. 
2. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai “Manusia Abad ini” ialah seorang Yahudi, 
3. Sigmund Freud – melalui teori id, ego dan super – ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi, begitu juga 
4. Karl Marx, 
5. Paul Samuelson dan 
6. Milton Friedman. Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua. 
7. Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
8. Johas Salk mereka cipta vaksin polio yang pertama. 
9. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. 
10. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. 
11. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. 
12. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. 
13. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular. 
14. Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). 
15. Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
16. Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. 
17. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, 
18. Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). 
19. Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

.    1.  Stanley Mezor – mencipta mikrocip pertama.
       2. Leo Szilards – membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama.
    3.     Peter Schultz – kabel gentian optik.
    4.     Charles Adler – lampu isyarat.
    5.     Benno Strauss – besi tahan karat – stainless steel.
    6.     Isador Kisee – sistem suara di pawagam.
    7.     Emile Berliner – mikrofon untuk telefon.
    8.     Charles Ginsburg – alat pita rakaman.

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu :
   1.     Ralph Lauren (Polo).
   2.     Levis Strauss (Levi’s Jeans).
   3.     Howard Schultz (Starbuck’s).
   4.     Sergey Brin (Google).
   5.     Michael Dell (Dell Computers).
   6.     Larry Ellison (Oracle).
   7.     Donna Karan (DKNY).
   8.     Irv Robbins (Baskin & Robbins).
   9.     Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia juga ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa ?
Jawapannya : Pendidikan, Pelajaran, Ilmu.

Sunday 21 August 2011

3 Peringkat kehamilan : Trimester Pertama (Minggu 1 hingga 13)


Kehamilan mempunyai 3 peringkat iaitu TRIMESTER PERTAMA (MINGGU 1 HINGGA 13), TRIMESTER KEDUA (MINGGU 14 HINGGA 27) DAN TRIMESTER KETIGA (MINGGU 28 HINGGA 40).

Tahniah! Anda bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. Apabila anda sudah melepasi perasaan terkejut dan gembira, bersedialah dengan perubahan yang mendadak pada badan anda. Untuk memulakannya, perubahan hormon anda akan menyebabkan pelbagai perubahan dari mabuk hamil hinggalah jerawat. Anda juga akan perasan payu dara anda semakin lembut dan urat berwarna biru akan timbul pada dada anda. Anda juga akan rasa lebih pent berbanding biasa. Oleh itu, masuk tidur awal untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Disebalik semua ini , anda akan rasa sangat gembira kerana bayi anda sedang membesar di dalam badan anda.


Senarai semak trimester pertama

1. Mulakan sebuah jurnal. Tulis diari kehamilan untuk merekodkan perasaan anda dan perubahan badan anda. Anda juga boleh menulis soalan yang berlegar di dalam kepala anda untuk bertanyakan kepada doktor semasa pemeriksaan pranatal.

2. Dapatkan pemeriksaan. Pada lawatan pranatal pertama, doktor anda akan memeriksa darah untuk mengenalpasti segala jenis dari anemia hinggalah hepatitis B dan periksa imuniti anda untuk penyakit seperti rubella.

3. Ambil vitamin. Jika anda tidak mengambil vitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik, mintalah doktor anda untuk mendapatkan preskripsi. Ini dapat menolong mengelakkan kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

4. Jangan mewarnakan rambut anda. Walaupun kajian telah menunjukkan bahawa mewarnakan rambut adalah selamat semasa hamil, kebanyakan doktor menyarankan agar anda menunggu sehingga trimester kedua.

5. Jangan biarkan pertu anda kosong. Pakar percaya bahawa habuk hamil berlaku apabila plasenta melepaskan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) pada tahap yang tinggi. Dengan mengambil beberapa hidangan sehari dan bersnek, anda dapat menolong mengelakkan loya kepada tahap yan gminimum.

5. Gunakan krim pelindung. Hormon kehamilan boleh menyebabkan sel pigmen anda berkurangan menjadikan anda terlebih sensitif kepada sinaran UV. Oleh itu sentiasalah memakai krim pelindung semasa keluar rumah.


Fokus anda pada trimester ini:
Makan dengan betul 

Disini merupakan beberapa senarai yang perlu anda elakkan semasa hamil:

1. Sushi dan makanan laut lain. Ikan yang tidak dimasak barangkali mengandungi parasit yang boleh menyebabkan anda sakit. Tambahan pula, kurangkan pengambilan ikan jerung, makeral dan tilefish (dan hadkan pengambilan kepada purata 12 auns tin tuna seminggu) kerana ia mengandungi tahap merkuri yang tinggi.

2. Kafein. Walaupun kajian mendapati bahawa pengambilan kefein yang sedikit ( satu cawan kopi atau satu soda sehari) selamat untuk ibu hamil, pengambilan lebih daripada 300 miligram sehari (lebih kurang lapan auns cawan kopi) boleh meningkatkan risiko keguguran.

3. Keju lembut. Susu mentah atau keju yang tidak dipasturkan barangkali mengandungi listeria, bakteria yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Akan tetapi keju Brie, feta dan keju lembut lain adalah selamat jika ia telah dipasturkan.

4. Telur mentah. Segala jenis makanan yang diperbuat daripada telur mentah atau kurang masak boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.

5. Pemanis tiruan. Oleh kerana pakar tidak tahu sama ada gula boleh membahayakan fetus, anda digalakkan agar menghadkan pengambilan pemanis tiruankepada satu atau dua hidanga sehari.


Kisah dari dalam rahim

Bayi anda sangat sibuk pada tiga bulan pertama. Embrio telah berkembang kepada fetus dan organ seperti jantung, otak dan paru-paru akan terbentuk. Fetus tersebut sekurang-kurangnya empat inci panjang dan beratnya hanya satu auns. Nampak kecil tetapi mempunyai semua jari kaki dan tangan sepenuhnya.

Saturday 20 August 2011

Trimester Kedua: (Minggu 14 Hingga 27)

Selamat datang ke trimester yang lebih selesa. Anda akan sedar bahawa anda mendapat lebih tenaga dan kurang rasa loya. Tambahan pula kebanyakan bakal ibu akan mendapati bahawa kulit mereka semakin bercahaya dan rambut mereka semakin bersinar dan lebat, terima kasih kepada hormon yang semakin meningkat. Pada lebih kurang 20 minggu, ligamen anda akan mula lembut untuk menyediakan anda untuk kelahiran dan anda akan kerap rasa ingin membuang air kecil kerana uterus anda yang semakin membesar menekan pundi kencing. Akan tetapi ini masih lagi merupakan masa untuk rasa lega dengan diri anda sendiri. Dapatkan rias kuku dan urutan pranatal kerana ia selamat dan ingat, anda tidak lagi mempunyai masa untuk memanjakan diri anda selepas bayi anda lahir!

Senarai semak trimester kedua

1. Pergi melakukan pemeriksaan gigi. Jika ia tidak dirawat, penyakit periodontium boleh meningkatkan risiko pra eklampsia dan kelahiran pra matang. Jika anda menangguhkan pemeriksaan gigi pada trimester pertama kerana mabuk hamil. Ini adalah masa terbaik untuk melakukannya.

2. Makan sayuran dan buahan. Anda perlukan 300 kalori tambahan setiap hari apabila anda sedang hamil. Berikan badan anda dan bayi anda vitamin tambahan, mineral dan nutrien dengan mengambil buah-buahan seperti epal, bayam, buah beri dan brokoli.

3. Periksa bayi anda. Kebanyakan wanita mendapatkan ujian imbasan di antara 18 hingga 22 minggu kehamilan. Doktor anda akan memeriksa saiz bayi dan boleh melihat jantina bayi tersebut . Anda juga akan mendapatkan beberapa pemeriksaan pranatal semasa trimester ini termasuk alpha-fetoprotein (AFP), diabetes gestasi dan dalam sesetenga kes, amniocentesis.

4. Beli barang bayi. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memilih stroller dan membeli segala barang bayi yang anda perlukan.

5. Lakukan hubungan seks. Kebanyakan wanita mendapati bahawa mereka mempunyai tahap libido yang tinggi semasa hamil. Ia bukan sahaja selamat dilakukan semasa hamil, (kecuali jika doktor menyarankan agar anda mengelakkan daripada melakukannya), ia juga sangat menghangatkan akibat peningkatan aliran darah pada bahagian pelvik anda.

6. Pergi melancong. Ingin menikmati pelancongan terakhir bersama suami anda sebelum bayi anda lahir? Pergilah sekarang sementara perut anda masih kecil dan anda masih mempunyai banyak tenaga. Jika anda menaiki kapal terbang, pastikan anda berjalan di sekeliling kabin setiap jam untuk mengelakkan cecair terkumpul didalam kaki anda. Kebanyakan pakar menggalakkan agar anda berhenti menaiki kapal terbang apabila sudah mencapai 37 minggi kehamilan.

Fokus anda pada trimester ini:
Bersenam

Tidak pernah pergi ke gim sejak anda mengetahui bahawa anda hamil? Sekarang merupakan masa terbaik untuk memberikan perhatian kepada kesihatan anda. Cubalah senaman di bawah:

1. Berjalan. Ambil masa selama 30 minit untuk berjalanbagi meningkatkan sistem peredaran darah, mengurangkan sembelit dantekanan. Bawalah sebotol air untuk kekal hiderasi dan jangan terlalu memaksa diri anda jika anda berjalan terlalu cepat sehingga anda tidak dapat bercakap dalam ayat yang lengkap, perlahankan perjalanan anda.

2. Berenang. Apabila perut anda semakin membesar, anda akan mendapati bahawa senaman yang tidak memberikan banyak impak ini sangat selesa. Tidak suka berenang? Libatkan diri anda dalam kelas aerobik air.

3. Yoga pranatal. Tambahan kepada mengajar anda teknik bernafas, yoga juga dapat ,menunjukkan anda cara untuk melegakan otot ketat dan pintalan pada bahagian bawah belakang dan pinggul.

4.Latihan berat. Mengangkat berat ringan akan menolong mengekalkan ton otot pada tangan dan bahu.Elakkan pergerakan yang melibatkan anda berbaring pada bahagian belakang kerana ia boleh menghalang aliran darah ke uterus.

Kisah dari dalam rahim.

Semasa trimester kedua, deria bayi anda akan berkembang. Retinanya dan deria rasa akan terbentuk malah boleh mendengar suara anda! Bayi anda juga semakin aktif semasa fasa ini. Anda boleh merasa tendangan dan gulingan di dalam perut anda pada lebih kurang 18 minggu. Pada penghujung 27 minggu bayi anda akan hampir sembilan setengah inci panjang dan beratnya lebih kurang dua paun.

Friday 19 August 2011

Trimester Ketiga: ( Minggu 28 Hingga 40 )


Anda berada pada peringkat meregang pada waktu ini! Kulit pada perut yang semakin membesar mula terasa ketat dan gatal dan anda akan mendapat linea nigra, garisan tetap gelap yang terhasil dari tulang pubik sehingga ke bahagian pusat. Jangan terkejut jika rakan anda malah orang yang tidak dikenali sibuk ingin menyentuh perut anda. Anda juga akan terkejut dengan perubahan mendadak berat badan anda. Wanita sihat akan mendapat berat badan lebih kurang 30 paun semasa hamil.

Lebih menarik lagi uterus anda akan meregang 1,000 kali daripada jumlah asalnya. Akhir sekali, anda boleh merasai kontraksi Braxton Hicks pada masa trimester ketiga. Berbeza daripada kontraksi biasa, ia datang scara tidak tetap, kurang ketat pada uterus dan akan hilang jika anda berjalan-jalan. Akan tetapi jika anda tidak pasti apa yang anda alami, hubungi doktor.

Senarai semak trimester ketiga


1. Sertai kelas pranatal. Kurangkan ketakutan hari bersalin dengan mempelajari tentang teknik bertenang semasa bersalin.

2. Berjumpa dengan pakar pediatrik. Dapatkan nasihat daripada rakan atau tanya hospital anda untuk mendapatkan rujukan.

3. Dapatkan golongan kumpulan strep B. Walaupun bakteria ini tidak berbahaya. Ia boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi baru lahir. Doktor anda akan memberikan ujian pada lebih kurang 36 minggu untuk melihat sama ada anda satu daripada sekurang-kurangnya 10 hingga 30 peratus wanita yang membawa strep B. Jika ujian anda positif, anda akan diberikan antibiotik semasa bersalin.

4. Beli atau pasang kerusi bayi di dalam kereta kerana pihak hospital tidak akan membenarkan anda pulang tanpa kerusi bayi di dalam kereta. Tidak dapat melengkapkan segala keperluan bayi kerana terlalu sibuk? Pastikan anda sekurang-kurangnya mempunyai katil bayi atau basinet di dalam bilik bayi.

5. Bersedia untuk menyusukan bayi anda. Jika anda merancang untuk menyusukan bayi anda, belilah pam payu dara dan pastikan anda tahu bagaimana untuk menggunakannya.

6. Kemaskan beg anda. Anda akan bersalin tidak lama lagi dalam lebih kurang 36 minggu. Oleh itu kumpulkan segala yang anda ingin bawa ke hospital.

Fokus anda pada trimester ini:
Sentiasa rasa selesa

Perut yang membesar barangkali akan menyebabkan kesakitan dan kegatalan. Disini  meruoakan beberapa rungutan yang sering didengari dan cara untuk mengatasinya.

1. Buasir. Berendam di dalam mandian panas atau duduk di atas pek ais boleh mengurangkan urat yang bengkak di sekeliling rektum. Atau tanya doktor anda tentang krim pelega unutuk mengurangkan keradangan dan kegatalan.

2. Kaki bengkak. Perubahan cecair daripada urat darah kepada tisu di dalam tangan anda dan kaki boleh menyebabkan ia bengkak. Cuba naikkan kaki anda sekerap yang mungkin.

3. Pedih ulu hati. Makan hidangan kecil dan jangan berbaring selepas makan. Doktor anda juga akan menyaran antasid kepada anda.

4. Nafas pendek. Apabila anda semakin dekat dengan tarikh bersalin, bayi anda akan berbaring pada tulang rusuk anda. Nasib baik ia akan menjadi semakin baik selepas bayi anda turun pada lebih kurang 36 minggu.

Kisah dari dalam rahim

Bayi anda sedang bersedia untuk kehidaupan di luar uterus - organnya akan terhasil, sistem saraf tengah sudah berfungsi dan otaknya semakin berkembang. Semasa trimester akhir, bayi anda akan semakin membesar sekurang-kurangnya empat paun dan bertambah inci lagi.



Rujukan : majalah mami baby

Wednesday 17 August 2011

Peringkat-peringkat Kehamilan

"SUDAH berapa bulan kandungan awak, dan sudahkah awak bertemu doktor?" tanya Aminah kepada rakannya Rogayah yang sedang hamil.
"Kenapa perlunya saya jumpa doktor? Saya tahu saya sedang hamil tiga bulan, melalui ujian air kencing yang saya beli dari farmasi," jawab Rogayah.


PERBUALAN di atas mungkin pernah berlaku di kalangan masyarakat. Ramai orang yang mengambil remeh tentang jagaan kesihatan sewaktu mengandung. Apabila mengetahui diri sedang mengandung, mereka tidak bergegas untuk bertemu doktor.
Namun, tahukah anda bahawa jagaan kesihatan sewaktu mengandung bukan sahaja boleh menentukan kesihatan diri ibu dan bayi di dalam kandungan? Ikuti penjelasan lanjut mengenai perkara ini bersama Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat ini:
Sebenarnya setiap ibu yang mengandung amat penting untuk mendapatkan rawatan dari doktor. Sekurang-kurangnya dalam tempoh sembilan bulan mengandung, mereka perlu datang ke klinik sebanyak enam kali. Ini penting kerana ia dapat mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi sewaktu  melahirkan.

1. Khususnya pada peringkat tiga bulan pertama
2. Peringkat tiga bulan peringkat pertengahan kandungan
3. Peringkat tiga bulan terakhir sebelum melahirkan

Melalui rawatan daripada doktor dapat mengesan masalah kesihatan yang dialami oleh si ibu. Selain itu doktor juga  boleh mengesan sebarang gejala atau faktor yang boleh mengancam kesihatan ibu disebabkan kandungan tadi.

Seseorang yang mengandung sebenarnya mengalami satu tekanan dari segi fizikal dan mental, kerana ke semua organ dalam badannya perlu bekerja keras untuk menampung bayi.
Fungsi jantung orang yang mengandung meningkat sebanyak 40 peratus untuk membekalkan darah pada bayi. Oleh kerana itulah kadang-kadang orang yang mengandung cepat mengalami mengah apabila terlalu banyak berjalan.

Pada peringkat awal mengandung pula ada yang merasakan tubuhnya panas. Ini berlaku kesan peningkatan metabolisme. Perubahan-perubahan sebegini juga menyebabkan tekanan kepada mereka. Lebih-lebih lagi kalau tidak mendapat sokongan penuh daripada suami.
Kebanyakan golongan suami memberi sokongan moral dan kasih sayang kepada isteri mengandung khususnya jika mengandung anak sulung.

Tidak dinafikan ada juga suami yang tidak mengindahkan isteri dengan membiarkan isteri bersendirian. Sehingga ada yang sanggup mengabaikan si isteri dan berfoya-foya dengan wanita lain. Ini akan menambah tekanan mental kepada si isteri.
Oleh itu, amat penting di kalangan suami, keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk memberi sokongan kepada mereka yang mengandung.

Mereka yang mengandung perlu juga mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Jadi, dengan menemui doktor, doktor boleh menilai tahap pemakanan mereka.
Kebanyakan para ibu yang mengandung akan mengalami peningkatan selera makan selepas 4 bulan kandungan. Akibatnya ada yang tidak memikirkan makanan seimbang sehingga terlebih mengambil makanan manis dan berkarbohidrat.

Makanan terlalu manis boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada ibu, antaranya darah tinggi, kencing manis atau bayi yang dikandung terlalu besar sehingga menyurkannya bersalin secara normal.
Berat badan ibu mengandung biasanya akan meningkat. Namun, peningkatan berat badan ibu mengandung yang ideal ialah antara 10-15 kilogram sehingga sebelum melahirkan.
Pada tempoh kandungan 5 bulan kandungan, seharusnya peningkatan berat badan hanya 5 kilogram (purata peningkatan satu kilogram sebulan).

Biarpun berat badan ibu yang mengandung meningkat, namun, ia termasuk juga dengan berat uri dan air yang bertakung dalam badan. Apabila selepas melahirkan, berat badan akan berkurangan.
Para doktor selalu menasihatkan agar ibu-ibu mengandung memakan lebih banyak makanan yang mempunyai protein yang tinggi. Contohnya seperti susu, tauhu, tempe, minuman soya, kacang hijau, ikan, daging dan ayam.

Sementara bagi mereka yang mengalami kurang darah, sekali sekala perlu memakan hati atau limpa untuk menggalakkan pembentukan darah. Selain itu, sayur-sayuran dan buah-buahan juga penting sebagai sumber vitamin dan makanan berserat yang boleh memudahkan lawas.
Demikian juga dengan pengambilan zat besi dan kalsium kerana zat besi untuk membina darah ibu dan anak. Sementara kalsium untuk pembentukan tulang bayi.

Ramai orang tidak memakan kalsium secara tablet atau daripada sumber lain seperti susu dan ikan bilis, mengalami masalah sakit gigi, gigi berlubang, sakit sendi dan sakit tulang.
Apabila kandungan berusia 5 bulan dan ke atas, para ibu juga digalakkan untuk memakan makanan tambahan seperti minyak ikan. Pada tempoh ini pembentukan otak bayi berlaku, minyak ikan boleh merangsang pertumbuhan otak bayi.

Apabila kandungan sudah mencapai tempoh tiga bulan terakhir sebelum bersalin, mereka masih perlu bertemu doktor. Ia penting bertujuan untuk menyediakan mereka dari segi mental untuk hadapi kelahiran dan  penjagaan bayi selepas bersalin.
Saat melahirkan merupakan sesuatu yang cemas, bukan sahaja dari segi masa, tetapi dari segi keselamatan diri ibu dan bayi.

Pada bulan terakhir kandungan, doktor akan dapat menentukan sama ada si ibu boleh melahirkan secara normal atau perlu dibedah. Oleh sebab itulah penjagaan sewaktu mengandung amat penting untuk mengetahui sama ada bayi berada dalam keadaan normal atau sebaliknya. Selain itu, pertumbuhan bayi di dalam kandungan juga boleh diawasi oleh doktor. Tidak dinafikan kadang pertumbuhan bayi terjejas atau kadang berlaku masalah pendarahan, masalah penyakit tertentu atau masalah berpunca dari uri.
Tugas uri yang membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi, kadang-kadang gagal berfungsi sepenuhnya. Akibatnya pertumbuhan bayi terjejas. Semua aspek ini boleh diketahui jika ibu  mengandung bertemu doktor.

Melalui proses imbasan (ultrasound) ketika bayi berusia 8 bulan, kedudukan bayi boleh dilihat sama ada berada dalam kedudukan normal atau menyongsang.
Kebiasaannya kepala bayi sudah berada di bahagian bawah. Sekiranya usia kandungan 8 bulan, berada dalam kedudukan menyongsang, ia  bermakna akan dilahirkan dalam keadaaan sedemikian. Namun biasanya doktor akan membetulkannya dengan menggunakan kaedah tertentu tanpa melakukan paksaan dengan ganas. Jika usaha yang dilakukan tidak berjaya, kelahiran perlu dilakukan secara caesarian.
Selain itu, dengan melalui ultrasound, kedudukan uri boleh kesan dari semasa ke semasa. Jika kedudukan uri berada di bawah rahim sewaktu kandungan antara 32-34 minggu ia dinamakan sebagai 'placenta previa'. Bayi perlu dilahirkan secara pembedahan.

Warna uri yang sihat sewaktu proses ultrasound ialah putih. Namun jika didapati tompok-tompok hitam, maknanya uri rosak. Jika ia berlaku ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi.
Ia juga boleh menjadi punca kematian  bayi sewaktu di dalam kandungan. Jika uri tidak sihat, para doktor boleh  melakukan pembedahan untuk kelahiran lebih awal dari jangka waktu yang ramalkan.
Pakar perbidanan yang melakukan pemeriksaan ke atas ibu mengandung mempunyai peranan untuk membuat penilaian sama ada kandungan itu selamat dilahirkan normal atau tidak.
Berdasarkan pelbagai faktor inilah, saya ingin menekankan kepada para ibu mengandung agar tidak menganggap penjagaan sewaktu mengandung sebagai sesuatu yang remeh. Oleh kerana itulah, jangan teragak-agak untuk ke klinik, jika sudah disahkan mengandung.

Oleh: Prof. Dr. Hamid Arshat

Tuesday 16 August 2011

PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL


  
Keadaan wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada sama ada dia mengkehendaki atau tidak kehamilannya itu, dengan kata lain bersedia ataupun tidak.

Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan. Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.

Perubahan sikap adalah perkara biasa dialami oleh wanita mengandung. Ini disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh. Pada satu ketika, seorang wanita itu mungkin gembira, tenang dan bahagia. Namun, pada masa yang sama, dia mungkin juga akan bersedih dan mengalami tekanan perasaan tanpa diketahui puncanya.

Ramai wanita hamil mungkin terkejut dengan perubahan diri mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan seks dengan suaminya.Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan hubungan seks.Keadaan ini mungkin mengelirukan suami. 

Perubahan perasaan ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita tersebut. Oleh itu, dia perlu memberitahu suaminya apa yang sedang berlaku supaya dapat mengelakkan salah faham dan perselisihan. 

Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutamanya ketika hampir bersalin, bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi ini sebenarnya tidak memberi sebarang kesan kepada bayi dalam kandungan.Seorang wanita yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama sekali berkaitan dengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan rupa anak yang bakal dilahirkan. Ini merupakan perkara normal.

Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami-isteri melakukan beberapa penyesuaian di dalam kehidupan serta perhubungan mereka. Terutama sekali jika anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama. Ini kerana, kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka yang selama ini lebih privasi (honeymoon). Perubahan ini bukan seharusnya dihadapi oleh wanita seorang sahaja tetapi suamipun mesti memainkan peranan penting dalam menghadapinya.Tanggungjawab setiap individu adalah amat penting serta memahami antara satu sama lain.