Selamat datang ke trimester yang lebih selesa. Anda akan sedar bahawa anda mendapat lebih tenaga dan kurang rasa loya. Tambahan pula kebanyakan bakal ibu akan mendapati bahawa kulit mereka semakin bercahaya dan rambut mereka semakin bersinar dan lebat, terima kasih kepada hormon yang semakin meningkat. Pada lebih kurang 20 minggu, ligamen anda akan mula lembut untuk menyediakan anda untuk kelahiran dan anda akan kerap rasa ingin membuang air kecil kerana uterus anda yang semakin membesar menekan pundi kencing. Akan tetapi ini masih lagi merupakan masa untuk rasa lega dengan diri anda sendiri. Dapatkan rias kuku dan urutan pranatal kerana ia selamat dan ingat, anda tidak lagi mempunyai masa untuk memanjakan diri anda selepas bayi anda lahir!
Senarai semak trimester kedua
1. Pergi melakukan pemeriksaan gigi. Jika ia tidak dirawat, penyakit periodontium boleh meningkatkan risiko pra eklampsia dan kelahiran pra matang. Jika anda menangguhkan pemeriksaan gigi pada trimester pertama kerana mabuk hamil. Ini adalah masa terbaik untuk melakukannya.
2. Makan sayuran dan buahan. Anda perlukan 300 kalori tambahan setiap hari apabila anda sedang hamil. Berikan badan anda dan bayi anda vitamin tambahan, mineral dan nutrien dengan mengambil buah-buahan seperti epal, bayam, buah beri dan brokoli.
3. Periksa bayi anda. Kebanyakan wanita mendapatkan ujian imbasan di antara 18 hingga 22 minggu kehamilan. Doktor anda akan memeriksa saiz bayi dan boleh melihat jantina bayi tersebut . Anda juga akan mendapatkan beberapa pemeriksaan pranatal semasa trimester ini termasuk alpha-fetoprotein (AFP), diabetes gestasi dan dalam sesetenga kes, amniocentesis.
4. Beli barang bayi. Ini merupakan masa yang terbaik untuk memilih stroller dan membeli segala barang bayi yang anda perlukan.
5. Lakukan hubungan seks. Kebanyakan wanita mendapati bahawa mereka mempunyai tahap libido yang tinggi semasa hamil. Ia bukan sahaja selamat dilakukan semasa hamil, (kecuali jika doktor menyarankan agar anda mengelakkan daripada melakukannya), ia juga sangat menghangatkan akibat peningkatan aliran darah pada bahagian pelvik anda.
6. Pergi melancong. Ingin menikmati pelancongan terakhir bersama suami anda sebelum bayi anda lahir? Pergilah sekarang sementara perut anda masih kecil dan anda masih mempunyai banyak tenaga. Jika anda menaiki kapal terbang, pastikan anda berjalan di sekeliling kabin setiap jam untuk mengelakkan cecair terkumpul didalam kaki anda. Kebanyakan pakar menggalakkan agar anda berhenti menaiki kapal terbang apabila sudah mencapai 37 minggi kehamilan.
Fokus anda pada trimester ini:
Bersenam
Tidak pernah pergi ke gim sejak anda mengetahui bahawa anda hamil? Sekarang merupakan masa terbaik untuk memberikan perhatian kepada kesihatan anda. Cubalah senaman di bawah:
1. Berjalan. Ambil masa selama 30 minit untuk berjalanbagi meningkatkan sistem peredaran darah, mengurangkan sembelit dantekanan. Bawalah sebotol air untuk kekal hiderasi dan jangan terlalu memaksa diri anda jika anda berjalan terlalu cepat sehingga anda tidak dapat bercakap dalam ayat yang lengkap, perlahankan perjalanan anda.
2. Berenang. Apabila perut anda semakin membesar, anda akan mendapati bahawa senaman yang tidak memberikan banyak impak ini sangat selesa. Tidak suka berenang? Libatkan diri anda dalam kelas aerobik air.
3. Yoga pranatal. Tambahan kepada mengajar anda teknik bernafas, yoga juga dapat ,menunjukkan anda cara untuk melegakan otot ketat dan pintalan pada bahagian bawah belakang dan pinggul.
4.Latihan berat. Mengangkat berat ringan akan menolong mengekalkan ton otot pada tangan dan bahu.Elakkan pergerakan yang melibatkan anda berbaring pada bahagian belakang kerana ia boleh menghalang aliran darah ke uterus.
Kisah dari dalam rahim.
Semasa trimester kedua, deria bayi anda akan berkembang. Retinanya dan deria rasa akan terbentuk malah boleh mendengar suara anda! Bayi anda juga semakin aktif semasa fasa ini. Anda boleh merasa tendangan dan gulingan di dalam perut anda pada lebih kurang 18 minggu. Pada penghujung 27 minggu bayi anda akan hampir sembilan setengah inci panjang dan beratnya lebih kurang dua paun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment