Sunday, 21 August 2011

3 Peringkat kehamilan : Trimester Pertama (Minggu 1 hingga 13)


Kehamilan mempunyai 3 peringkat iaitu TRIMESTER PERTAMA (MINGGU 1 HINGGA 13), TRIMESTER KEDUA (MINGGU 14 HINGGA 27) DAN TRIMESTER KETIGA (MINGGU 28 HINGGA 40).

Tahniah! Anda bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. Apabila anda sudah melepasi perasaan terkejut dan gembira, bersedialah dengan perubahan yang mendadak pada badan anda. Untuk memulakannya, perubahan hormon anda akan menyebabkan pelbagai perubahan dari mabuk hamil hinggalah jerawat. Anda juga akan perasan payu dara anda semakin lembut dan urat berwarna biru akan timbul pada dada anda. Anda juga akan rasa lebih pent berbanding biasa. Oleh itu, masuk tidur awal untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Disebalik semua ini , anda akan rasa sangat gembira kerana bayi anda sedang membesar di dalam badan anda.


Senarai semak trimester pertama

1. Mulakan sebuah jurnal. Tulis diari kehamilan untuk merekodkan perasaan anda dan perubahan badan anda. Anda juga boleh menulis soalan yang berlegar di dalam kepala anda untuk bertanyakan kepada doktor semasa pemeriksaan pranatal.

2. Dapatkan pemeriksaan. Pada lawatan pranatal pertama, doktor anda akan memeriksa darah untuk mengenalpasti segala jenis dari anemia hinggalah hepatitis B dan periksa imuniti anda untuk penyakit seperti rubella.

3. Ambil vitamin. Jika anda tidak mengambil vitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400 mikrogram asid folik, mintalah doktor anda untuk mendapatkan preskripsi. Ini dapat menolong mengelakkan kecacatan tiub saraf seperti spina bifida.

4. Jangan mewarnakan rambut anda. Walaupun kajian telah menunjukkan bahawa mewarnakan rambut adalah selamat semasa hamil, kebanyakan doktor menyarankan agar anda menunggu sehingga trimester kedua.

5. Jangan biarkan pertu anda kosong. Pakar percaya bahawa habuk hamil berlaku apabila plasenta melepaskan hormon human chorionic gonadotropin (hCG) pada tahap yang tinggi. Dengan mengambil beberapa hidangan sehari dan bersnek, anda dapat menolong mengelakkan loya kepada tahap yan gminimum.

5. Gunakan krim pelindung. Hormon kehamilan boleh menyebabkan sel pigmen anda berkurangan menjadikan anda terlebih sensitif kepada sinaran UV. Oleh itu sentiasalah memakai krim pelindung semasa keluar rumah.


Fokus anda pada trimester ini:
Makan dengan betul 

Disini merupakan beberapa senarai yang perlu anda elakkan semasa hamil:

1. Sushi dan makanan laut lain. Ikan yang tidak dimasak barangkali mengandungi parasit yang boleh menyebabkan anda sakit. Tambahan pula, kurangkan pengambilan ikan jerung, makeral dan tilefish (dan hadkan pengambilan kepada purata 12 auns tin tuna seminggu) kerana ia mengandungi tahap merkuri yang tinggi.

2. Kafein. Walaupun kajian mendapati bahawa pengambilan kefein yang sedikit ( satu cawan kopi atau satu soda sehari) selamat untuk ibu hamil, pengambilan lebih daripada 300 miligram sehari (lebih kurang lapan auns cawan kopi) boleh meningkatkan risiko keguguran.

3. Keju lembut. Susu mentah atau keju yang tidak dipasturkan barangkali mengandungi listeria, bakteria yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Akan tetapi keju Brie, feta dan keju lembut lain adalah selamat jika ia telah dipasturkan.

4. Telur mentah. Segala jenis makanan yang diperbuat daripada telur mentah atau kurang masak boleh meningkatkan risiko keracunan makanan.

5. Pemanis tiruan. Oleh kerana pakar tidak tahu sama ada gula boleh membahayakan fetus, anda digalakkan agar menghadkan pengambilan pemanis tiruankepada satu atau dua hidanga sehari.


Kisah dari dalam rahim

Bayi anda sangat sibuk pada tiga bulan pertama. Embrio telah berkembang kepada fetus dan organ seperti jantung, otak dan paru-paru akan terbentuk. Fetus tersebut sekurang-kurangnya empat inci panjang dan beratnya hanya satu auns. Nampak kecil tetapi mempunyai semua jari kaki dan tangan sepenuhnya.

1 comment: