Sunday, 8 May 2016

BAGAIMANA MENYUSUKAN BAYI?


Bayi yang menyusu badan harus disusukan apabila sahaja dia menginginkannya.

Bayi menyusu lebih kurang 8-10 kali sehari. Lambat laun, bayi dapat menetapkan jadual penyusuannya sendiri di mana bilangan penyusuan setiap hari akan semakin berkurangan kepada 6-8 kali sehari. 

Walaubagaimanapun, setiap bayi mempunyai keperluan dan selera masing-masing. Maka, anda haruslah memerhatikan sebarang tanda yang menunjukkan bayi anda telah pun kenyang atau masih lapar. 

Misalnya, bayi yang telah kenyang akan kelihatan selesa, ceria dan tidak meragam selepas setiap penyusuan pada kedua-dua belah payudara selama 5-20 minit, membasahkan lampinnya sebanyak 6-8 kali sehari dan mempunyai pertambahan berat badan yang baik.

Jika bayi anda tidak mahu menghisap susu sebagaimana biasanya pada waktu pagi, maka anda haruslah memerah susu tersebut. Ini akan memastikan susu badan anda terus dapat dihasilkan dengan sempurna sepanjang hari itu. 

Jika anda tidak sihat atau tidak berada dirumah untuk menyusukan bayi, anda juga harus memerah susu agar susu dapat terus dihasilkan dengan sempurna.

0 comments:

Post a Comment